Garis Panduan MySTI

Garis panduan ini menerangkan definisi, kriteria dan tatacara permohonan sijil serta logo MySTI bagi barangan dan perkhidmatan hasil R&D tempatan.

Pengenalan

Selaras dengan Teras 3 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030, iaitu untuk merangsang pertumbuhan industri tempatan bagi memacu pertumbuhan ekonomi berasaskan teknologi tempatan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperkenalkan inisiatif penandaan logo bagi barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan daripada aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan (MySTI).

Barangan dan perkhidmatan yang memperoleh sijil dan logo MySTI akan diberikan keutamaan dalam perolehan Kerajaan.

Diiktiraf MOSTI

Pensijilan rasmi disokong oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Tiada Yuran

Permohonan adalah percuma tanpa sebarang caj dikenakan.

3 Tahun

Tempoh sah pensijilan MySTI yang diiktiraf secara rasmi.

Inventori MySTI

Inventori MySTI merupakan platform yang menghimpunkan barangan dan perkhidmatan hasil aktiviti R&D tempatan yang telah mendapat kelulusan sijil dan logo MySTI. Platform ini berfungsi sebagai pangkalan data berpusat bagi memudahkan capaian kepada inovasi tempatan yang berpotensi untuk dikomersialkan.

Inventori ini juga menjadi sumber rujukan utama dalam pelaksanaan program Perolehan Kerajaan, bagi memastikan produk dan perkhidmatan R&D tempatan mendapat keutamaan serta menyokong pertumbuhan ekosistem inovasi dan teknologi negara.

Ikon Pensijilan

Menghubungkan Pensijilan dan Peluang

Sebagai medium untuk pemohon yang layak mengemukakan permohonan penandaan logo dan sijil bagi barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan daripada aktiviti R&D tempatan.

Ikon Inovasi

Menerajui Pertumbuhan Inovasi Malaysia

Sebagai pangkalan data bagi menghimpunkan barangan dan perkhidmatan hasil R&D tempatan yang diluluskan dengan logo MySTI.

Ikon Pemerkasaan

Memperkasa Inovator di Seluruh Negara

Sebagai rujukan utama untuk melaksanakan program Perolehan Kerajaan bagi barangan dan perkhidmatan hasil R&D tempatan.

Kelayakan Kriteria

Kelayakan

Kelayakan

  • Check Syarikat/ Perniagaan/ Pertubuhan/ Koperasi/ Persatuan yang berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkenaan mengikut peraturan semasa yang berkuat kuasa.
  • Check Produk atau perkhidmatan dihasilkan melalui aktiviti R&D tempatan.
  • Check Pemohon mempunyai keupayaan pengeluaran dan sokongan selepas jualan.
  • Check Sekurang-kurangnya satu komponen berasaskan Harta Intelek (MyIPO) atau dibangunkan oleh individu/ entiti warganegara Malaysia.
  • Check Mana-mana syarikat, perniagaan, pertubuhan, koperasi, atau persatuan yang berdaftar di Malaysia boleh memohon
  • Check Dibangunkan oleh sekurang-kurangnya satu entiti atau individu warganegara Malaysia.
  • Check Produk atau perkhidmatan bersedia untuk dikomersialkan — pada mana-mana peringkat Technology Readiness Level (TRL 1–9), daripada konsep awal hingga inovasi yang siap sedia memasuki pasaran.

  • 1 Maklumat pendaftaran Syarikat/Perniagaan/Pertubuhan/Koperasi/Persatuan daripada badan pendaftaran berkenaan.
  • 2 Bukti Perakuan Pemfailan atau Perakuan Pendaftaran Harta Intelek daripada MyIPO atau dokumen pengesahan Rahsia Dagangan (Trade Secret) daripada pihak pemunya.
  • 3 Perjanjian Perlesenan atau Perkongsian Harta Intelek yang masih sah sekurang-kurangnya satu (1) tahun dari tarikh permohonan.
  • 4 Borang Pendedahan Ciptaan (Invention Disclosure Form) sekiranya tiada Harta Intelek yang didaftarkan/difailkan.
  • 5 Salinan pengesahan/pensijilan/pengiktirafan teknikal daripada agensi berkaitan (jika ada).

  • 1 Kelayakan atau kelulusan MySTI tidak boleh diniagakan, dipindah milik atau dipinda isi kandungannya.
  • 2 Penandaan logo dan pensijilan MySTI ini masih tertakluk kepada semua undang-undang atau peraturan yang berkaitan.
  • 3 Kerajaan berhak membatalkan kelulusan penandaan logo dan pensijilan MySTI yang telah diberikan sekiranya berlaku ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan dengan mengemukakan notis pembatalan secara bertulis kepada Syarikat/ Perniagaan/ Pertubuhan/ Koperasi/ Persatuan.
  • 4 Kerajaan berhak mengambil tindakan ke atas mana-mana pelanggaran syarat yang telah ditetapkan kepada pemohon yang diberi kelulusan.

Maklumat Tambahan

  • Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan dinilai oleh sekretariat dan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Kelulusan MySTI.
  • Sebarang perubahan ke atas nama Syarikat/ Perniagaan/ Pertubuhan/ Koperasi/ Persatuan, kilang, premis dan alamatnya, pemilikan Harta Intelek, status Harta Intelek serta apa jua yang berkaitan dengan permohonan ini hendaklah dimaklumkan kepada urusetia MySTI secara bertulis di info@mysti.gov.my dalam masa 30 hari daripada tarikh perubahan.
Mohon Sekarang