1. Permohonan penandaan logo dan sijil MySTI terbuka kepada semua Syarikat/ Perniagaan/ Pertubuhan/ Koperasi/ Persatuan yang berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkenaan mengikut peraturan semasa yang berkuatkuasa.
2. Barangan atau perkhidmatan hendaklah dihasilkan melalui aktiviti R&D tempatan dengan sekurang-kurangnya satu komponen difailkan atau didaftarkan di bawah perlindungan Harta Intelek atau dibangunkan oleh sekurang-kurangnya satu (1) entiti atau seorang individu warganegara Malaysia yang perlu dibuktikan melalui dokumen berikut:
3. Perakuan Pemfailan atau Perakuan Pendaftaran Harta Intelek seperti Paten, Pembaharuan Utiliti, Rekabentuk Perindustrian, Hak Cipta, Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu, atau Cap Dagangan daripada MyIPO; dan/atau
4. Perjanjian Perlesenan atau Perjanjian Perkongsian yang sah dengan pemilik Harta Intelek.
5. Barangan atau perkhidmatan yang dihasilkan hendaklah sedia untuk dikomersialkan iaitu berada pada TRL 9.
1. Pemohon perlu melengkapkan Borang Pendedahan Ciptaan yang boleh didapati dalam borang permohonan. Barangan atau perkhidmatan hendaklah dihasilkan melalui aktiviti R&D tempatan yang dibangunkan oleh sekurang-kurangnya satu (1) entiti atau seorang individu warganegara Malaysia.
2. Sekiranya pemohon hanya memiliki Perakuan Pendaftaran Cap Dagangan (Trademark) daripada MyIPO, pemohon juga diwajibkan untuk melengkapkan Borang Pendedahan Ciptaan.
Penandaan logo MySTI adalah dibuat kepada produk dan perkhidmatan, bukan kepada syarikat. Oleh itu, sekiranya pemohon mempunyai lebih daripada satu produk dengan varian dan fungsi yang berbeza, maka pemohon perlu membuat permohonan bagi setiap produk secara berasingan.
1. Apabila permohonan telah dihantar, pihak Sekretariat akan melantik seorang Penganalisis bagi memproses permohonan. Penganalisis hanya akan menghubungi pihak pemohon sekiranya perlu bagi mendapatkan dokumen tambahan atau sebarang klarifikasi tertentu.
2. Penganalisis akan menghubungi pemohon berdasarkan maklumat (e-mel atau nombor telefon) yang telah diisi di dalam borang permohonan.
Sijil MySTI sah pada tempoh 3 tahun daripada tarikh pemohonan diluluskan.
1. Produk dan perkhidmatan yang telah menerima penandaan logo MySTI, akan mendapat 10% markah khas semasa proses saringan dalam perolehan kerajaan berdasarkan Pekeliling 1.4 yang telah diterbitkan oleh Kementerian Kewangan (MoF).
2. Penerima penandaan logo MySTI layak untuk memohon dua dana khas iaitu Dana Mudahcara dan Dana Ujibeli yang boleh dirujuk melalui laman sesawang berikut: https://www.mtdc.com.my/dana-mudah-cara-mysti/
1. Tempoh permohonan untuk mula diproses adalah selama 30 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima MRANTI.
2. Walaubagaimanapun, tempoh ini adalah amat subjektif bergantung kepada kekerapan mesyuarat penandaan logo bersama panel penilai, jumlah permohonan bulanan dan hal - hal lain yang mungkin mengakibatkan sedikit penangguhan.
1. Pensijilan MySTI akan diberikan secara digital melalui e-mel.
2. Sijil dan garis panduan penandaan logo MySTI boleh dimuat turun melalui akaun yang telah berdaftar pada laman sesawang MySTI (Portal log masuk).
1. Ya. Permohonan semula dibenarkan dengan proses yang sama seperti semasa permohonan kali pertama.
2. Namun dinasihatkan agar pemohon mendapatkan nasihat daripada pihak Sekretariat bagi memastikan permohonan semula adalah telah menyelesaikan isu dan punca permohonan pertama ditolak.
Permohonan mesti dibuat oleh syarikat yang sedang memiliki produk atau perkhidmatan tersebut. Namun, syarikat pemohon perlu melampirkan bersama dokumen sah yang membuktikan pemindahan teknologi berlaku antara syarikat pemohon dan entiti pembangun dan pemilik asal produk atau perkhidmatan iaitu seperti Dokumen Persetujuan Perlesenan (Licensing Agreement).