MySTI adalah inisiatif rasmi Kerajaan Malaysia bagi mengiktiraf dan memperkukuh hasil R&D tempatan melalui pemberian Sijil dan Logo MySTI.
Produk yang diluluskan akan disenaraikan dalam Inventori MySTI sebagai rujukan utama Perolehan Kerajaan serta platform mempromosikan inovasi tempatan. MTDC, sebagai sebahagian daripada ekosistem MySTI, menyokong usaha memperkasa pengkomersialan teknologi tempatan.
Platform rasmi oleh Kerajaan untuk logo dan sijil barangan atau perkhidmatan hasil R&D tempatan.
Pangkalan data komprehensif barangan dan perkhidmatan R&D tempatan untuk keutamaan dalam perolehan Kerajaan.